snow effect

08 March 2013

Skyblooom ..... key's friend

assalammualaikum .... hye what ups

kite kawan kepada key ..... name kite skybloom
so panggil kite bloom .... bloom kawan rapat kepade key
kami sentiasa bertiga kemane mane pown kami bertiga
sorang lagi tu skyfall  :D ..... so bloom diberi kepercayaan
daripada key untuk  mengupdate blogg nie .... bloom rase bloom
nak update pasal sahabat jap erkk  .... bloom nak terangkan
CIRI - CIRI SAHABAT ;D

Imam Al-Ghazali berpesan kepada anak lelakinya:''Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut
  1. Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu.
  2. Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu.
  3. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik.
  4. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dIa akan membalas balik persahabatan kamu.
  5. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu.
  6. Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya.
  7. Jika dia mendapat sesuatu kebajikan(bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu.
  8. Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannnya.
  9. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu.
  10. Jika kamu berdua berselisihan faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
  11. Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat.
  12. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu.
  13. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu.
  14. Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat
 
key , skybloom dan skyfall
                        

okeylahh bloom mintak diri dululahh 

assalammualaikum :)
 ikhlas dari 

skybloom 



No comments:

Post a Comment